Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...

Tuesday, May 5, 2009

~Gugurnya seorang Rafiqah yang Solehah~

KEIKHLASAN HATI

Zaman untuk “honeymoon” bagi seorang pelajar sepertiku sudah pun berakhir. Dengan hati yang berat dan kaki yang seolah – olah terpaku di bumi, aku memaksa diriku untuk kembali ke kolej. Tempat di mana aku menuntut ilmu demi mencapai cita – citaku. Tiada siapa yang tahu di dalamnya juga banyak tersimpan memori suka duka ku. Malas rasanya untuk dikenang kembali. Semuanya ingin aku lupakan, harini Hidayatul Sofea Bt Razali berdiri di sini dengan azam yang baru. Hahaha..erk..tapi apa-apa pun kene cari bilik dulu..takkan aku nak tidur kat sini pulak..hehehe..kita sambung drama swasta tu nanti.

Setelah puas aku mencari, akhirnya aku temui juga bilik yang bakal menjadi tempat tinggalku selama pengajianku disini. ‘Hurm..siapa agaknya bakal menjadi rakan sebilikku kali ini yer…janganla orang yang..aduh..malas bangat nak sebut..’. Tiba-tiba,

“Assalamualaikum..”kedengaran satu suara memberi salam di luar. Aku segera menjawab sambil menjengahkan muka ku ke luar untuk melihat siapakah gerangan manusia yang memberi salam.
“Waalaikumussalam..siapa tu?”
“Erm..saya bakal penghuni bilik ni. Boleh saya masuk?”.Rupanya dia ialah bakal rakan sebilikku.
“Eh..yeke?Masukla kalau macam tu. Akak ni pelajar senior ke?”.Pada perkiraanku dia seperti senior yang dah lama jer. Tapi tak tahula pulak kalau aku yang terperasan muda..
“Aha..akak senior... Adik ni junior la kiranya kan..? ”.Balasnya sambil melangkah masuk.
“ Yes. Nama saya Hidayatul Sofea Bt Razali. Akak boleh panggil saya Fea. Nama akak?”.Aku memperkenalkan diri ku sendiri. Aku memang seorang yang terlebih peramah walaupun dengan orang yang baru ku kenali.
“ Rafiqah Solehah. Panggil aje Kak Aiqa.”. Balasnya sambil tersenyum kepadaku. Kami berjabat tangan sebagai tanda salam perkenalan.

Kami meneruskan kerja mengemas yang kadang-kadang diselitkan dengan perbualan. Mengemas sambil bertaaruf. Sambil menyelam minum air orang kata..tak gitu?. Satu bilik hanya dihuni oleh dua orang pelajar. Bilangannya nampak sikit tapi hati yang hendak di jaga terlalu banyak. Setelah seharian berkemas, kami pergi membersihkan diri dan melakukan apa-apa yang patut.

“Kak Aiqa….”.aku memanggilnya.
“Hmm…” Balasnya kepenatan. Barangkali sudah mahu tido dah ni.
“Jom pergi makan.”
“Ha?Makan?Patut la akak rasa perut ni meragam aje.Tak makan lagi la..huhu..lupe pulak..nasib baik adik akak yang comel ni ajak akak makan..” Balasnya dengan semangatnya.Katanya dia ni pantang betul kalau sebut pasal makan..seperti prinsipnya.. ‘When I Am Hungry, My Stomach is My priority..’ Hahaha..

Selepas bersiap ala-carte..eh..ala kadar..(tula dalam kepala asyik ingat makan jer..)..aku dan kak Aiqa bergerak menuju ke café yang terletak tidak jauh dari bilik kitorang. Selesai memesan makanan, kami bergerak ke meja yang kosong untuk di duduki. Semasa Kak Aiqa hendak berpaling ke tempat yang hendak dituju, secara tidak sengaja dia terlanggar seorang lelaki yang kebetulan hendak menuju kearah yang sama. Ketidak sengajaannya itu telah menyebabkan pinggan yang berisi nasi dan lauk pauk di tangan lelaki tersebut jatuh menyembah lantai yang amat bersih. Pinggan kat tangan dia ok jer sebab dia pegang dengan kemas . Mungkin nak elak kes-kes macam ni berlaku la.

“Maaf saudara..saya tak sengaja. Maaf..maaf..maaf..” pinta kak Aiqa. Dah macam nak nyanyi lagu Maafkan Kami seperti dalam cerita Pendekar Bujang Lapok tu..
“Apa maaf-maaf.!!.awak ingat senang-senang awak tumpahkan nasi saya…saya nak makan apa..saya lapar ni tahu tak..”marah lelaki tu. Suaranya tak usah nak katala..bergema ke seluruh alam..sehingga menggamit pelanggan-pelanggan lain untuk melihat kearah kami..malunya tak dapat di'frame'kan dalam bingkai gambar.
“Relaxla abang..kakak saya ni tak sengaja la..lagipun abang jalan tak tengok kanan tengok kiri..saya berdiri belakang abang tadi tengok abang melulu jer.Tak boleh la nak salahkan kakak saya sepenuhnya..” aku mencelah.
“Banyakla ko punye relax….”
“Macam ni la saudara..saudara ambil semula nasi dan lauk seperti yang telah saya tumpahkan tadi. Nanti saya bayarkan. Anggapla sebagai ganti rugi atas kecuaian saya.” Kak Aiqa memotong percakapannya sekaligus memberi kata putus. Malas agaknya nak memanjang-manjangkan lagi soal ni. Kalau tak sampai esok tak makan..
“Ha..macam tu la...”Balas lelaki tu pendek.
Tapi aku tetap tak puas hati.. “Kak..apa ni…”..Kak Aiqa menepuk-nepuk bahuku seraya berkata.. “Dahla..jom makan..perut akak dah lapar sangat ni..”.Dan kejadian itu berakhir begitu sahaja.

Usai makan malam..kami kembali ke bilik. Aku dengan tak puas hati nye bertanya.. “Kak, nape bagi muka sangat kat laki tadi tu? Dah terang-terang bukan akak yang salah. Dahla suruh akak ganti. Ambil lauk tak sama macam yang mula-mula dia ambil. He was trying to take thing for granted la akak..”
“Fea, akak malas nak gaduh. Buang masa jer. Menjatuhkan maruah je gaduh depan khalayak ramai. About the food, dia ambil yang lain pun biarla Allah yang menilai kejujuran dia. Akak tak nak ungkit-ungkit, nanti perbuatan kita jadi sia-sia dik..”
“Tapi…….”
“Akak pernah terbaca dalam sebuah majalah..Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah yang memberi dan yang di bawah adalah yang menerima. Namun pemberian haruslah disertai dengan hati ikhlas yang sekaligus menunjukkan bahawa kita tidak berhati tamak. Sebaliknya jika sesuatu pemberian, yang ada walau sekelumit rasa bangga, mengungkit atau tidak ikhlas, pasti akan terbatal segala pahala amalan kebaikannya. Tu yang akak tak nak dik..”aku cuba menjelaskan sebaik mungkin sebab aku berbuat demikian.
“Owh..huhu..tak terfikir lak Fea tadi..Sorry ya kak..”balasku sambil tersengih-sengih malu.
Kak Aiqa tersenyum sahaja. Setelah penat berbual, kami terus tidur. Hari esok..nantikan kemunculanku!!tutup lampu!!Tidur..huhu..


PERTEMBUNGAN KALI KEDUA

Fuh..panasnya harini..terbakar rasanya kulitku yang putih melepak bagai disapu tepung gomak ni..(ceh..perasan je lebih..). Penatnya berjalan.. ‘Tula ko Fea, tadi elok-elok Siti nak hantarkan ko balik..ko tak nak..nak menikmati pemandangan la konon..tengah hari buta ni pemadangan ape nya..’.Bagai ada suara berbisik kepada ku..cepat-cepat aku beristighfar..tidak mahu terus tenggelam dengan perasaan menyesal. Aku memilih untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ku..(dengar macam jauh je tapi sebenarnya aku baru jalan 5minit je td…hehehe..).
Sedang aku enak-enak terbuai dek hembusan angin bayu..

“Pokk!!”..Satu objek yang entah dari mana di baling jatuh ke atas aku. Aku menoleh mencari gerangan punya angkara. Betul – betul mengganggu la..Sebaik sahaja aku menoleh 45 darjah, lensa mata ku menangkap imej yang sedang tersengih-sengih tak malu sedang menuju kearahku.

“Cik..Sorryy..”pinta lelaki tersebut.

“Sorry?”aku bertanya kehairanan. Lalu jarinya menunding kearah objek yang terkena kepala aku. Tin minuman rupanya.

“Saya nak buang kat tong sampah tadi..”katanya lagi. Sopan sekali..anak siapakah ini…tapi entah mengapa ayatnya bagai ada yang tak kena…seingat aku sekeliling aku ni mana ada tong sampah..adakah….
“Apa maksud awak dengan tong sampah?Saya tak rasa kat sini ada tong sampah…”aku bertanya lantang..hangin dah aku ni..
“Hahahahha…memangla tak de tong sampah tapi baju yang awak pakai macam warna baju tong sampah…hahahahaha..”balasanya sambil ketawa berdekah-dekah.
“What???Giler punya mamat..!!!”aku memijak tin kegeraman sambil melangkah berlalu dari situ. Tak sanggup rasanya berada lebih lama disitu. Dah nak meletup rasa nya hati ku menahan amarah terhadap lelaki tadi. Setelah aku amati wajahnya,rupanya dia adalah lelaki yang sama yang memang muka tak malu. Geram betol..nak je aku ganyang-ganyang muka dia yang memang tak hensem tuh..Huhu..

“Adoiii…ni sape yang nak cari pasal lagi neh??”Aku menjerit apabila terkena lastik seseorang. Huh..rupanya dia..aku memandangnya persis hendak menelan dia hidup-hidup.
“Apa awak nak apa ha??”Tanya ku mengawal getar amarah yang semakin memuncak.
“Bola raga biji guli, lain kali jumpa lagi..”arghh..sudah..berpantun pulak..
“Anak buaya anak biawak, tak ingin saya jumpa awak”balasku tak mahu mengalah.
“Buah mengkudu biji hempedu, janganla begitu nanti awak rindu..”
“Air teh manis bergula, rindu awak?..tolongla…”
“Budak kecil malu disapa, ya cik adik nak tolong apa??”hahhahaa..terdengar suara-suara sumbang yang mentertawakan aku..aku mengetap bibirku. Rasanya kami ni macam dah jadi tontonan umum jer.Tapi sume penonton tak bertauliah ni ialah kawan-kawan kepada mamat sewel neh. Tak boleh jadi ni…

“laki bersiul si awek menoleh, Sedara tolong diam boleh..”
“Pokok semalu pokok ketapang, tak bolehla sayang..”
“Awak..awak…”baru sahaja aku hendak membalas lagi.
“Fea, apa ni?? Ada sesi berbalas pantun ker??..” Erk..seperti pernah ku dengar suara ini tapi dimana ya..takut-takut aku menoleh..alamak..
“Kak Aiqa…hehehe..”
“Aduhla..dah-dah la tu..jom balik..”Kak Aiqa mengajakku pulang. Tak boleh aku nak kata apa..aku amat menghormati kakakku yang seorang ini. Kami berdua pun mengatur langkah ingin pulang..namun..

“Si nyonya manis berkebaya, Cik adek ngaku kalah dah la ya..”suara sumbang tu kedengaran lagi. Belum sempat aku berkata apa-apa..
“oi teruna suara tak sedap, sudah-sudahla tu p balik n shut up!!...kuar umah pakai talkum, chow dulu Assalamualaikum.."Yeahhhh..itu dia ‘smash molek’ dari kak Aiqa..ahakz.. Dengan senyuman yang di tambah susu lemak manis..kami pulang meninggalkan lelaki tersebut dengan kumpulannya yang terdiam dek penangan Kak Aiqa ku sayang..

Di bilik…(pada waktu malam..)

“Fea..lain kali hati-hati ya..jangan mudah naik angin sangat. Jangan di layan mamat tak betul tu..”pesan Kak Aiqa ikhlas.
“Fea dah sabar dah tu kak..tapi dah terlepas jugak..geram betul..nak je bg flying kick kat dia tuh..benci betulll…”balasku membela diri.
“Flying kick ke flying kiss??hahahha…”kak Aiqa mengusikku..
“Apa ni kakk…hee..tak nakla..mamat tu sewel…”
“Fea..berserhana dalam sesuatu..termasuk juga perasaan..jangan terlampau membenci seseorang kerana barangkali dia la orang yang kamu akan sayang suatu hari nanti..sape tau kn..”
“Ade ke Kak Aiqa nie…”
“Kita tak nak..tapi perancangan Allah sape yang tau…”
“Hisy..akak neh..Fea nak tidola..”lalu aku membungkus diri ku dengan selimut sambil tersenyum mengenangkan kata-kata kak Aiqa tadi..
“Eley nak tido konon..mulut tu senyum-senyum pulak..”tak habis lagi kak Aiqa ni..tapi aku terus membatukan diri. Mungkin kak Aiqa menyangka aku benar-benar sudah tido. Dia pergi menutup suis lampu dan tido jugak.

YES I DO

Beberapa minggu lagi, cuti semester akan bermula..tak sabar rasanya nak balik.. ‘mak..abah..adik-adik..awak..apa khabar ya korang sumer…’ hatiku berdetik. Uish apa aku ni..nape aku teringat kat dia.. mamat sewel tu tak de kene ngene ngan aku.. kejadian tu da lame berlalu..go away..go goooo….

“Uiks adikku Fea…awat yang hang nampak cam keluh kesah ja?”Tanya kak Aiqa prihatin.
“Takde ape la kak..”cuba menutup rasa hatiku.
“Yeke?”
“ya..kak..Fea nak kuar g café jap..akak nak kirim ape-ape tak..?”pintasku sebelum dia cube mengorek rahsia hatiku..
“Ada..ada..kirim salam..hahaha…”
“Ceh akak nie..owang tanya bebetul…adeih..”
“Tak pela dik..nanti akak g beli sendiri..”
“Ok..Fea pegi dulu ek..Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam..hati-hati..kalo terserempak dengan buah hati jangan lupa kirim salam yer…”fuh..dalam sungguh maknanya..bila masa aku ada buah hati pulak…memandai jer akak aku nie..

Di café,

“Hye awak!!sorang je ke..??”sapa seorang lelaki yang entah siapala gerangannya.Apesal la aku ni tak ley aman jer..

“Kapal layer kapal selam, tak reti nak bagi salam…pegi bazaar beli juadah berbuke, ada nampak orang lain ke?...suasana bising pening kepala, awak ni sape dan nak apa?...”ha..tu dia..pakej 3 in 1 dari aku...bancuh sekali pasti nak lagi..

“Hehehe..Assalamualaikum..saya Khairul Haziq Bin Faizal…dari jauh melihat saudari,duduk termenung seorang diri,jadi saya datang ke mari, menemani saudari di kala sepi…hehehhee”erk..mamat ni..aku tenung wajah dia..seperti pernah ku jumpa..tapi dimana ya…sepertinya…

“Awak..hai..tak de orang lain ke saya nak jumpe…”

“Sorry awak..dah lame tak nampak kita tak terserempak kan sejak kejadian haritu…kali ni saya betul-betul nak berkenalan dengan awak..bukan lagi usik –usik , maen-maen macam dulu..”

“Hurm..saya malas nak berkenalan dengan orang tak betul ni..kalo boleh buat laki tak pe laa jugak..."

“Ha..boleh jugak tu…”dia masih setia mengikut langkahku meninggalkan café.

“Ahhh..mengarutla awak..!!”aku sudah sampai didepan kolej kediamanku. Semasa aku menaiki tangga, sempat aku mendengar..

“Saya serius awak..saya nak awak jadi kekasih saya…”pinta laki tu lagi.Aku keliru. Antara kemahuan hati dan kewarasan akal, mane satu harus ku dahulukan.

'Aduhai Hidayatul Sofea..andai kau dapat selami hatiku ini..cewah..aku betul-betul sudah jatuh cinta!!...'

malam itu,

"Kak, siang tadi Fea terserempak mamat sewel tu kat cafe.."

"Erm..so?"ku lihat kak Aiqa senyum - senyum di situ..

"Pastu..dia tanya sudi tak Fea jadi kekasih dia..Fea confused.."entah betul ke tidak mamat ni.sekali aku di main-main kan je kot..huhuhu...

"Wow..drastiknya..akak tataula nak komen apa..tapi kalo betul dia nak..Fea suruhla dia masuk meminang.."

"Erk..akak..meminang?Fea muda lagi..."

"Fea..buat solat istikharah dulu..mintak petunjuk Allah..soal meminang tu memang la Fea muda lagi..tapi kita hidup sekarang dalam zaman yang penuh fitnah..sebolehnya eloklah di elakkan.."

"Ermmm..tengokla kak.."

"Serahkan segalanya pada Allah..insyaAllah ada jalannya.."

Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata memikirkan soal petang tadi..bantulah aku ya Allah..berikan aku petunjukMu..

seminggu kemudian,

'Subhanallah,indahnya pemandangan kat tasik ni di waktu pagi...'detik hatiku..

"Assalamualaikum.."aduhh..ada sajala yang hendak mengganggu ketenangan aku di kala ini. Mana pulak kak Aiqa ni..

"Waalaikumussalam..."

"Awak dah fikirkan soalan saya??"spontan aku mendongak melihat empunya suara..erk..dia..

"Fea.."

"Eh Akak..meh sini teman orang.."cepat-cepat aku menggamit kakakku menemani aku..takut berdua-duaan dengan pemuda tersebut..lalu ku berpaling ke arah pemuda tersebut..bersedia untuk memberikan jawapan..

"Saya takut awak main-main..jadi saya mintak petunjuk Allah..Alhamdulillah positif...tapi..."belum sempat aku habiskan..

"yeay...Alhamdulillah..sukenye saya.."jeritnya kegirangan...lupakah dia bahawa ada orang lain di sini..buat malu jer...

"tetapi...saya tak mahu kita bercinta..."

"maksud awak??"dia memandangku kehairanan..aku menggenggam erat tangan Kak Aiqa meminta sedikit kekuatan untuk meneruskan bicara..

"saya nak hubungan yang sah di sisi Allah..boleh??"jelasku tanpa dolak-dalih..dia kelihatan terpempan..namun hanya seketika..senyuman terukir di bibirnya tidak lama selepas itu..

"InsyaAllah..izinkan saya berbincang dengan mak dan ayah saya dulu..jika hubungan ini direstui..cuti semester nanti saya akan masuk meminang awak.."

"Terima kasih awak..kami mintak diri dulu..Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam..."

KETABAHANMU DI UJI

Rindunya pada kakakku...apa agaknya yang tengah dia lakukan kat kampung tu ya...

"Assalamualaikum akakku yang comel..pekabo??"sapaku sebaik sahaja panggilanku bersahut.

"Waalaikumussalam Fea..hehhe..baik..mcm biasa...Fea?"

"Baik juge..hehhe.."

"Awat nie?rindu ka?"

"Rindu la kak..."

"yeke tu..ke ade berita lain..."

"Erk..akak ni..betulla rindu..tp berita pon ada jugak...hehhe..akak datang umah Fea next week boleh tak?"

"Ada apa?"

"Pertunangan dan majlis perkahwinan antara Hidayatul Sofea dengan Khairul Haziq..."nama mamat sewel tu akhirnya ku ketahui juga..

"What??Alhamdulillah..kira jadila ni ya...bila nak suruh akak datang tu..."

"Awal dari tarikh sebenar la kak.."

"Ok..ok..insyaAllah...okla Fea..akak ade hal jap..seruan alam..urgent!!..hehhee.."

"Hahahaha...ada-ada jela kak neh...ok..Assalamualaikum..papai.."

"Waalaikumussalam..papai.."

Akhirnya..berlangsungla majlis pernikahanku dengan jejaka yang telah ditetapkan Allah buatku..semoga kami mampu melayari bahtera perkahwinan kami ini sekarang dan akan datang..amin..

Setelah sekian lama bercuti..akhirnya kembalilah kami semua menjalani hidup sebagai seorang pelajar lagi...terpaksa berpisah dengan suami seketika..hehee..sabar ye abang..huhu..

"Akakkkkkk...Fea dah sampai...."

"Hisy..budak ni....dah kawen pon tak matang-matang lagi ke dik oii.."

"Ala...dengan akak jer..."

"Yela tu..."bicaranya terganggu dengan bunyik lagu Ainul Mardhiyah yang disetkan menjadi ringtone hp nya..aku melangkah ke katilku untuk memberi ruang privasi untuk kak Aiqa berbicara.

"Apa!!!..Innalillahiwainnailaihirojiun.."aku tersentak mendengar suara kak Aiqa yang tiba-tiba terkuat tu..kenapa agaknya kak Aiqa tu ya..Selesai kak Aiqa berbicara di telefon..ku lihat dia termenung dan tergelak sendiri..bimbang melihatkan keadaanyya membuatkan aku mendekatinya..

"Kak..kenapa kak?"

"Ha..tak de pape la dik.."

"Akak..kita dah duduk sebilik brape lama dah kak..akak tak dapat tipu Fea lagi..tapi kalo akak tak sudi nak cerita..tak pela..Fea tak nak ganggu..."kataku dan bersedia untuk kembali ke katilku.Tapi terhalang dek tarikan tangan oleh kakakku..

"Not like that dear..ok listen..Akak dah ada tunang...tapi"

"What?akak tak penah gtau pun..??tapi apa kak?"nyataku amat terkejut dengan apa yang kak Aiqa cuba sampaikan.

"tapi..dia dah meninggal..baru saja tadi..kemalangan dik..maafkan akak tak bagtahu sebelum ni..sebab akak malas nak hebahkan benda yang masih dalam ketidakpastian.."

"Apa??"sekali lagi aku dikejutkan dengan sebuah berita.drama apakah ini..baru saja ku ketahui mengenai tunangnya tapi dikejutkan pula dengan ketiadaannya...namun begitu..aku lihat tiada titis air mata yang mengalir dari matanya..

"Akak tak macam sedih pun kak.."

"Apa akak boleh buat dik...bukannya dia akan hidup kembali hatta akak meraung sekali pun.."aku lihat dia persis manusia tanpa perasaan.Tapi jauh di sudut hatinya siapa yang tahu..

Seketika kemudian handphonenya berdering lagi...Entah apa la yang di bicarakan tiba-tiba aku melihat airmata mengalir di wajahnya yang mulus tu..namun sebaik sahaja panggilan ditamatkan..aku lihat dia menghela nafas yang panjang dan cuba untuk bertahan..beratnya dugaan yang menimpa kakakku ini..aku mendekatinya dan memeluknya..

"Akak tak nak tengok dia ke?"

"Mane boleh dik..dia di perantauan.."

"Maksud akak?"

"Dia belajar kat Indonesia..saudara dia kat sana yang khabarkan pada family dia kat sni..."

"Sabar ya kak.."

BERIKAN DIA PELUANG

Ku amati wajah kak Aiqa yang masih mendung walaupun sebulan peristiwa itu berlalu..hebat benar penangannya..masakan tidak..hubungan mereka sudah mengjangkau 3tahun..dan mereka merancang tuk bernikah hujung tahun ini..Kak Aiqa lebih banyak menyendiri..sudah jarang bergurau denganku...Tapi aku lihat dia tetap tabah..tanpa airmata menemani hari-harinya..tidak pernah sekali dia mengeluh dengan nasibnya..malahan dia masih mampu untuk terus fokus dalam pelajaran..kadang-kadang aku pelik..kak Aiqa mampu menjadi seorang yang begitu optimis tapi kenapa dia masih murung..adakah kerana penat??argghh...

"Dik..asal pandang akak cmtu??"

"Eh..tak de apa la kak.."

"Kalau ada apa nak tanya..tanyala..jangan simpan jer nanti mereng..sape yang susah..cik abg Fea jugak.."

"Hisy akak ni..kesitu pulak...hehehe..btul..tak de apa..cuma rindu pada Kak Aiqa yang periang dulu.."aku melihat dia tersenyum tawar..

"Maafkan akak dik..akak kadang-kadang tenggelam dengan dunia sendiri...insyaAllah..akak akan mulakan dunia baru...."

"bagusla kak.."aku memeluknya erat..terasa kasih sayangnya yang luhur meresap ke dalam diriku...

"Fea tak yahla nak buat muka-muka pelik depan akak lagi..tak tahan akak tengok dahi Fea tu..kejap keriut cmni..kejap keriut cmtu..nnti tambah kedut tau..."

"Tak pe..cik abang tetap sayang...tiap-tiap hari sayang..hahaha.."

"Eee..tak senonoh betul..."kami bersedia untuk melelapkan mata..semoga esok menjanjikan sesuatu yang lebih indah...

*********************************************************************************

Aku bersiar-siar di tasik pada hujung minggu bersama suamiku,Haziq sambil ditemani Kak Aiqa...itu pun setelah puas di pujuk oleh kami untuk turut serta..Sedang kami begitu asyik dengan pemandangan di sekitar tasik itu..

"Hye Haziq..lama tak nampak u..rindula.."sapa seorang perempuan sambil mengusap-ngusap lengan suamiku..panas hatiku melihat aksi melampau perempuan tersebut..yela..perempuan mana yang mampu duduk diam bila melihat suami dibelai perempuan lain di depan mata..

"Abang..sape perempuan ni..???"

"Haziq...u look really handsome today..."katanya lagi sambil membelai-belai wajah suamiku...sedih hatiku melihat Haziq hanya berdiam diri...tidak tahan dengan adegan tersebut..aku berlari meninggalkan kawasan itu..Aku mengharapkan Haziq mengejarku..tapi hampa...

***********************************************************************************

"Haziq...apa yang kau dah buat??"jerkah Kak Aiqa..bagaikan baru tersedar dari lamunan..aku menolak tangan perempuan gatal yang sedari tadi menjalari wajahku..aku pantas mencari-cari kelibat isteriku tapi jelas dia sudah dissappear..pakai kuasa apa agaknya..laju jer dia menghilang..

"Sampai hati U Haziq..tolak I macam ni.."

"Our relationship was over long time ago..apa lagi yang U nak dari I???"tengkingku pada Maria, nama perempuan itu..

"I nakkan U balik.."

"Semudah itu??Boleh jalan daaa...Takkan ko nak jilat balik ludah yang ko dah buang.."

"I menyesal.."

"Useless..meaningless for me now..sekarang aku dah kawen..bakal dapat anak dah pun..can u juz please get lost from my life..."

"Arghhh..I peduli apa..yang penting I dapat apa yang I mahu.."

"Saudari...kita kaum perempuan...ada maruah sendiri..pelihara maruah tu sebaiknya.."Kak Aiqa yang berdiam diri dari tadi mula mencelah..

"Kau diam..Siapa kau nak masuk campur urusan kami??"

"kau jangan biadap dengan my sis ok..antara kita dah tiada sebarang urusan..NOKTAH!!!"

"Pegi mamposla kau..ingat kau sorang je lelaki dalam dunia ni..aku akan pastikan kau takkan bahagia..."lalu Maria beredar dari situ..jelas kelihatan dendam di wajahnya..tak faham aku..suatu ketika dulu dia yang meninggalkan aku begitu saja..saat aku sudah bahagi bersama isteriku..dia datang membuat onar pulak..aduh..isteriku...

Aku lihat Kak Aiqa ingin melangkah pergi,

"Kak.."

"Ya Ziq.."

"Tolong saya kak..Fea.."

"InsyaAllah akak akan tolong jelaskan kedudukan yang sebenarnya...selebihnya kamu cubala pujuk dia.."

"Terima kasih kak..malam ni saya call dia..."

*************************************************************************************

Di bilik,

"Fea...sudah la tu..Haziq tak salah.."

"Tak salah apa nya kak..dia boleh biar je...hee..."kataku teresak-esak..menghamburkan segala rasa di dalah hatiku..

"Dia tergamam..perempuan tu bekas kekasih yang meninggalkan dia dulu..kan dia pernah cerita kat Fea dulu..."aku cuba menilai logiknya cerita kak Aiqa...baru aku teringat...

"Tapi kak.."

"Berikan dia peluang sayang..pernah dia menduakan Fea sepanjang Fea berkahwin dengan dia?..Tak pernah kan..Fea tengah mengandung tu..tak elok terbawa-bawa sangat dengan amarah dalam diri tu.."Kak Aiqa masih cuba menenangkan aku..

Malam itu,Haziq menghubungiku untuk memujukku..Aku meminta maaf kerana terlalu cepat membuat andaian sehingga menghukum dia sebegitu..nasib baik di maafkan..kalo tak berdosa pulak aku pada suamiku ni..huhuhu...

KAU PERGI DIA HADIR

Kini kandunganku sudah menjangkau usia 8 bulan..hanya menunggu masa untuk melahirkannya sahaja ...kebetulan hari ni hari minggu..aku mengajak Kak Aiqa menemaniku membeli belah di bandar sementelah suamiku sibuk dengan kerja berkumpulannya..tak apa..aku faham..sedang asyik aku melihat deretan kedai di seberang sana..tanpa ku sedari ada yang tertolak tubuhku ke tengah jalan..namun sempat di selamatkan oleh Kak Aiqa tapi malangnya...

"Akakkkkkkkkkkk!!!!"jeritku...aku lihat tubuh kak Aiqa sudah terdampar di tengah jalan..pandangan mataku berpinar..perut ku terasa sakit yang amat...namun sempat ku lihat senyuman dari wajah kak Aiqa..

"Abang..."perlahan ku menyeru nama suamiku..akhirnya pandangan ku kelam..aku mula tidak sedarkan diri...

*************************************************************************************

Sebaik sahaja aku sedar..aku berasa seperti berada di tempat yang asing..

"Abangggggg....."panggilku agak kuat..

"Ya sayang..abang ni sayang..."

"Kita kat mana ni??"

"Hospital sayang.."

"Hospital???Kak Aiqa..mane kak Aiqa..."

"Kak Aiqa.."

"Aduhh..abg..sakit nya...sakit..."Suamiku segera memanggil doktor.

Alhamdulillah..selepas sekian lama bertarung nyawa..lahir la seorang puteri ke dunia ini.Terharu hatiku saat melihat suamiku mengazankan si kecil..tapi malangnya kak Aiqa tiada saat ini..

"Abang..kak Aiqa mane abang?"

"Kak Aiqa...dia..."suamiku agak sukar menyusun kata kali ni..

"Dia apa abang?"

"Abang harap Fea bersabar ya..Kak Aiqa meninggal di tempat kejadian..wajahnya tenang sekali..kita doakan la kesejahteraan buat dia.."

"Innalillahiwainnailaihirojiun...tak sangka sebab nak selamatkan Fea..Kak Aiqa pulak yang terkorban.."air mataku deras mengalir..akak...

Suamiku memelukku menghulurkan sebuah ketenangan di dalam hati...

*************************************************************************************

Sebaik sahaja aku di benarkan pulang..kami kembali ke kolej..harini aku akan berpindah keluar..suamiku sudah mencari rumah sewa untuk di diami oleh kami bertiga..aku tidak betah lagi tinggal di bilik yang menyimpan seribu kenangan bersama arwah Kak Aiqa..Sebelum aku melangkah meninggalkan bilik itu,mata ku terkesan satu objek berbungkus dia atas meja kak Aiqa..

Buat Adikku Hidayatul Sofea..

Assalamualaikum Adik akak..apa khabar?Maaf kiranya kehadiran warkah ini mengganggu ketenangan adik..serasakan akak tidak mampu berada lama lagi di bumi Allah ini..lalu akak mengambil keputusan untuk menulis warkah ini..

Fea yang akak sayangi..

Akak ingin memohon maaf jika sepanjang kita bersama, akak ada mengguriskan hati Fea samaada melalui kata-kata atau tingkah laku akak..sengaja atau tidak sengaja..akak minta maaf..Akak maafkan segalanya antara kita..

Fea,

Akak ingin berpesan,jagalah dirimu baik-baik..jangan biarkan dirimu mudah dikuasai perasaan..jadilah isteri yang baik buat suamimu..ibu yang baik buat anak-anakmu..Jangan di tangisi pemergian akak..Bersama ini akak hadiahkan Fea sebuah buku yang sudah lama menemani akak..Semoga ia berguna untuk Fea pada masa akan datang..

Akhir kata, sampaikan salam akak pada Khairul Haziq dan peluk cium akak buat anak Fea..Wassalam...

Ikhlas dari jauh

Rafiqah Solehah Sulaiman

3.30pagi

17-01-2009

*************************************************************************************

"Buku apa tu Fea..."tanya suamiku..sedari tadi aku ralik membelek buku ditangan ku ini..

"La Tahzan..Arwah Kak Aiqa yang bagi..."

"Ooo..oh ya..apa kita nak bagi nama kat anak kita nie...?"

"Rafiqah Solehah abang..boleh?"Aku ingin menamakan anakku sempena nama arwah kak Aiqa..

"Boleh aje sayang..tanda ingatan kita terhadap arwah yang telah banyak membantu.."suamiku mengucup dahiku penuh kasih...aku mengusap wajah anak ku sebelum menciumnya...

"umi nak anak umi jadi seorang yang sabar dan tabah walau apa pun yang terjadi..sentiasa menjadi seorang rafiqah yang solehah..."

Ya Rafiqah Solehah..kawanku yang solehah..semoga kau damai di sana..amin..

No comments:

One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...