Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...

Tuesday, May 19, 2009

Opss!! I luv U~

BAB 1

“Syifa..Syifa…jom kita main pondok-pondok..”Ajil menjerit-jerit namaku dari luar rumahku.. ‘hisy dia nie..mengalahkan orang perempuan..ajak main pondok-pondok..apa barang!!’

“Alah Jil,malaslah.."balasku sebaik sahaja tiba di muka pintu.

"Ala Fa..jom la.."katanya lagi sambil mengerdip-ngerdipkan bulu matanya..heee..jeles betul aku tengok alis matanya yang lagi lentik daripada aku nie.

"Woi!!sekali aku sepak kang...dah aku kate tak nak..taknak la!!!muktamad!!"sorry makan kari la beb..aku memang ALERGIC bila ada budak nak manja-manja dengan aku..ewww!!tak sesuai...huhu..

"tak pe wak..tak nak kawan!!"balasnya sambil berlari-lari anak meninggalakn perkarangan rumahku (takkan merangkak lak kan..hehe)..timbul rasa bersalah dalam hati..Aaarrrggghhhh, gasak la!!!tido lagi bagus.

Tapi siapa sangka, sejak haritu dia tak penah lagi pergi rumah aku. Jangan nak kata pergi rumah aku, cakap dengan aku pun dia tak nak. Biler aku pergi dekat dia, dia lari..macam la aku ni alien..Aku tau la alien tu lagi cute dari aku.Sampai hati ko Jil..Sampai last day UPSR haritu, aku langsung tak nampak batang hidung dia,besar sangat ke salah aku ni..nyampah betol!!Daripada aku pikir pasal dia..baik aku fikir pasal mak ayah aku..

Apa cerita dia sekarang??Waallahualam..Dah lama aku membawa haluanku sendiri.Cerita zaman purbakala,tak bagi kudis pun...tapi...kalau aku jumpe dia balik..apa aku nak buat ek??Erm..tu esok2 la aku fikir..

********************************************************************

"Woi Aina!!!"

"Erk..ko nie Da... tak reti nak panggil betul-betul ke..terkejut Meon aku tau..!!"marahku kepada Ida,rakan sekerjaku sambil tanganku mengusap-usap badan Si Meon ni..(meon tu hamster aku tau..hehee..kenapa Meon?..biarlah rahsia...)

"Kau ni..orang suruh buat kije..berangan..bila orang suruh berangan...ko buat kije pulak..Apa yang ko duk angan-angankan dari tadi tu???"

Aku tersengih seperti kambing di belakang rumahku sambil mempamerkan sebaris gigiku yang tersusun rapi macam gigi palsu dalam iklan colgate tu..

"Tak de ape la Da..Saja je aku mengimbau kenangan memori nostalgia lalu..."balasku bersahaja.

"hee..malas la aku nak cakap dengan ko ni..Tu ha..En.Amir panggil ko .."Aku hanya tersenyum mendengar omelannya..Haizz bos aku ni..apa lagi la yang dia nak..tuk..tuk..tuk..aku mengetuk pintu dengan sopan sekali..(sekali je tau..hahaha)

"Masuk..."kedengaran suara daripada dalam menyuruhku masuk.Aku melangkah masuk sambil membawa pen dan buku catatan bersama.Sampai sahaja aku di depan meja En.Amir..aku terus duduk.Dia yang menyedari akan kehadiranku segera memanggung kepalanya dan memandangku.Aku pula tanpa rasa bersalah apalagi segan silu memandangnya semula dengan wajah yang agak blurr..

"Ada saya suruh awak duduk???"sergahnya..suaranya yang bagaikan halilintar itu membuatku aku berdiri tegak persis seorang prajurit yang sedang menunggu arahan dari ketuanya..(nasib baik tak terangkat tabik spring sekali...malusss..malusss...)..dan saat itu..dia ku lihat seperti hendak tergelak. Barangkali kerana respon tak terkawal dariku..'alah..nak gelak tu gelak jela..duk terherot-herot mulut tu...malu nak tayang gigi ape..berkarat ek??'desis hatiku..(tak berani nak cakap depan-depan..kang terkucil I kat situ..hehehe..)

"ye..ada ape En.Amir??"tanyaku untuk mengkaber hero kaber zero kegabraanku yang semakin ketara.Dia kulihat memandangku tajam.Tiba-tiba aku terasa sangat kerdil sekali seperti akulah gajah..dia lah semut..eh..eh..terbalik..akula semut..dialah gajah..huhu..mummy..help me..dengan seriusnya..

"Awak kemana semalam??Kalau tak nak keje..cakap!!!"aku terkebil-kebil memikirkan dimanakah aku berada semalam..'aku kan cuti..bukan aku dah gitau dia ke..dia gak yang luluskan cuti aku..aduhai bos..apa nak jadila dengan hang ni..dah..'

"Syifa!!!!!!"

"Nyanyuk ke apa???"aku terlatah..Ops..sahamku jatuh lagi..

"Ha??"

"Takde..tak de ape tuan...semalam saya cuti..tuan yang luluskan.."kataku cepat-cepat..

"hisy,apa-apa ajela awak ni..Ha..catit apa saya nak cakap ni.."

"baik tuan.."fuh..nasib baik dia tak tanya..huhu..

"pukul 2.30 pm ni saya nak jumpe dengan wakil dari Amza Holdings ya..tolong set kan temu janji nya..highlightkan sikit name wakil tu..Cik Batrisya Bt Zaidi.."aik bos aku ni..cam tau-tau je aku bawa highlighter..dengan senang hati nyer aku membawa keluar highlighter yang ku simpan di dalam poket bajuku..dia yang sedari tadi melihat perlakuanku...

"Eh..Aina..apa yang awak nak buat tu???"

"Nak highlight la tuan..tadi kan tuan yang suruh..."dan..tanpa di undang...

"Hahahahahhahaha..."uish..aku mimpi ke...bos aku ke yang gelak ni..tapi kenapa..terpinga-pinga aku melihat tuanku yang dah separa tak betul..erk..tak baiknye aku kutuk bos sendiri...maafin gue ya bos..

"ke...ke..napa tuan??"takut-takut aku bertanya..

"Nothing..awak boleh keluar sekarang.."pulak dah..nak tak nak aku keluar jela...dek kerana terlampau memikirkan persoalan tadi..aku tak sedar yang aku dah tersalah buka pintu..

"Cik Aina..where do U think U wanna go?"

"Ha?"Aku memalingkan tubuhku menghadapnya..

"Tu pintu tandas..."berkeriut-keriut wajahku mendengar ape yang dikatanya..alahai mano laie den nak sembunyi muko ni omak oii...tanpa membuang masa aku terus keluar dari bilik bos aku..

*************************************************************************************

"Alahai secretary baru aku ni..lawak betol..macam mana la bapak aku kata dia ni yang terbaik untuk jadi pembantu aku..mau nazak aku duk gelak aje.."aku berkata sendirian..tiba-tiba..

"Woi Mir..ape yang ko duk gelak sensorang tuh...dari bilik aku leh dengar tau..."kata Syam yang masuk tanpa diundang.

"Ko ni Syam..apa tak diajar memberi salam dan mengetuk pintu?"fuhlamak..skema pulak ayat aku ni..

"Ala ko ni Mir..cam tak biasa pulak dengan aku ni..ngade-ngade la ko..."

"no..no..no..."

"Okeh fine..aku keluar..kau jangan harap nak tengok muka yang hensem ni lagi.."

"Aiseyman..dalam merajuk-rajuk tu ade gak ayat perasan..hahhahaha..."sempatku mengusiknya lagi.

"Eh..ko ni nak gelak berapa lama lagi..aku masuk ni nak ajak ko lunch tau...dah kebuluq ni tau tak.."

"Lunch??"mataku mengerling ke arah jam tanganku..what??dah pukul 1..cepatnya..

"Mir...."

"Orait Syam..jom kita pi makan dulu.."

Aku dan Syam bergerak keluar dari pejabatku..Di luar, ku lihat Aina sedang ralik bermain dengan hamsternya..aish,dia ni..

"Aina.."aku memanggilnya..

"Ya saya..."jawabnya tanpa memandang wajahku..apa buruk sangat ke muka aku ni Cik Aina oiii...

"Woi Na..ko ni duk main hamster jer..bos ko panggil ni la sayang..."Syam menegur Aina..

"Ha!!Maaf Tuan..saya tak perasan.."jelas kelihatan rasa bersalah di wajahnya..

"Tiada maaf bagimu.."belum sempat aku berkata apa-apa, Syam sekali lagi memintasku..

"Eley..aku tak tanya maaf ko pun la sengal!!"erkk..Aina ke yang jawab tu..

"Sengal..sengal aku pun..ko sayang gak kan..."drama apa yang sedang dilakonkan oleh mereka berdua ni..adakah aku hanya penonton??

"Please ek..kau tu..."

"Okay..stop it both of U.."aku memotong percakapan Aina..

"Ala..kau marah ke Aina..meh aku belanja makan..meh..meh..."

"tak nak..."

"Mari la Aina..Syam nak minta maaf la tu..bukan senang nak rasa dia keluar duit belanja kita makan tu..."

"Eh..tolong sikit..aku tak kate nak belanja ko ek Mir.."

"Tak pe la Tuan..saya pun tak hingin nak merasa duit Syam ni.."

"Uikss kau Aina..memang nak kene dengan aku ni..."

"Hahahha...relax la..aku puasa la..lainkali jela kau belanja aku ya..."pertama kali aku lihat dia gelak begitu..terpesona seketika aku di buatnya..

"Mir..dah la..jom la pegi makan..jangan di layan budak gila ni sorang..."

"jomla.."

*************************************************************************************

"Syam..ko rapat ke dengan Aina??"

"Rapat tu tak la sangat...gitu-gitu jer..."

"Slumber je dia beraku kau dengan ko.."

"Hoho..dia memang begitu...macam la kau tak kenal..."macam la aku tak kenal???

"What did U mean ha??"

"ha...tak de pape la..jom kita menyantap dulu..."namun sebuah senyuman penuh makna terukir di bibirnya..apehal dia ni...

BAB 2

"Aina..masuk pejabat saya kejap.."interkom di mejaku berbunyi..apala yang si Syam ni nak..

"Ha..ape kau nak Syam?"tanpa salam tanpa ketuk pintu aku terus terjah masuk..dia yang baru hendak menarik kerusi langsung terduduk..lalu..

"AduhhhhhhhhH!!!!..."dia terjatuh..kerusi entah kemana sedar-sedar dah terduduk atas lantai..tanpa sempat ku tahan..

"Hahahhahaha...."

"Sengalla ko ni Na...tak ubah-ubah dari dulu..tau main terjah jer..bahaya sape jadi suami ko nanti.."

"Bahaya?kenapa pulak?"tanyaku kehairanan.

"Kau nanti asyik terkam jer...kahkahkahkah..."aku mencerlung mataku ke arahnya..

"Woit..terkam dengan terjah tu lain k..ko ni nak kate BM hancuss..dapat A1..kalah aku.."adake patut dia ni...

"Ala Na..relax la..aku main-main jer la..jangan la marah..kau ni makin marah makin cun la aku tengok macam anak katak aku..."

"What????Syammmmmmmmm.....!!!!!"aku yang manusia normal ni boleh dibandingkan dengan anak katak ker...memang nak kene luku la dia ni...

"Cool down...lets back to the point.."

"Ok...apa tujuan ko panggil aku ni..??"

"Saja..dah lama tak berborak dengan kau.."

"Ape?Eiii..ko ingat ni syarikat ko ke..hello Encik Syam..sekarang waktu kerja..nak berborak time lain la.."

"Ala..ko ni sejak dapat bos baru..susah aku nak bermanja-manja dengan ko la.."

"Yang ko tu...."

Tiba-tiba ketukan di pintu mematikan niatku untuk membidas kata-kata Syam..tanpa menunggu panggilan masuk dari Syam si pengetuk pintu telah menyuakan mukanya ke dalam dan..

"Aina..masuk bilik saya sekarang!!!"dan berdentum pintu di tutup..menggegarkan semua jantung yang ada di situ..

"Syam..better aku pergi sekarang..see you.."dan aku terus melangkah keluar menuju ke bilik bos aku.

*************************************************************************************

Di bilik En Amir..

"Ya En.Amir..."

"Apa awak ingat ni pejabat mak bapak awak ker??"

"tak..."hampir-hampir tidak kedengaran suaraku..

"So...yang awak bersenang lenang kat bilik Syam tu kenapa..."

"En.Syam panggil.."

"Sape bos awak kat sini??saya ke dia ha??"aik..yang dia ni nak hangin sangat kenapa...

"Tuan la...tapi.."

"jadi..awak sepatutnya dengar cakap saya sahaja..bukan orang lain ...faham!!!!"

"Tapi Tuan....waktu pejabat dah habis la..."berani-berani takut aku membalasnya..membela diriku yang tak bersalah ini..kuciwa betul la..

"Apa maksud awak??"

"Jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang tuan..office hours dah habis.."tenang aku menjawabnya..

"Habis tu..kenapa awak tak balik lagi???"

"Saya tunggu En.Syam..."

"Erk..why?"

"Dia nak hantar saya harini.."

"tak payah balik dengan dia..saya hantarkan awak harini.."

"baik.."Buzzz!!"apa tuan?tuan hantar saya balik???tak payahla..buat susah-susah saja.."

"Awak balik dengan En.Syam tak susah pulak.."ahhh..sudah..bala ape pulak ni...

"tapi..."

"no more excuse"dan aku terus mengikuti jejaknya..di luar bilik En.Amir..Syam sedang setia menantiku..

"Syam...aku hantar Aina balik..ko balik dulu la..."

"Uiks..tak boleh..tak boleh..."kata Syam sambil mengerakkan jari telunjuknya tegak ke kiri dan kekanan..

"kenapa pulak??"

"aku dah di amanahkan oleh ayah si Aina ni untuk jaga dia kat sini.."

"on me today k!!"

"Tak..."

"Diam boleh tak!!!"serabut betul aku..ingat aku ni budak kecil ker..ke dua pasang mata sedang memandangku sekarang..Gullpp..apa aku nak cakap ni..

"En.Amir..Syam...saya boleh balik sendiri..Assalamualaikum.."macamla aku tak biasa balik naik bas..

*************************************************************************************

Alahai..kenapa ada sendu di wajahmu Cik Aina..

"Aina..tunggu..saya hantar awak.."

"tak payahla En.Amir..saya boleh balik sendiri..Syam tu bergurau aje..."dan tanpa memberi peluang untukku berkata apa-apa..dia terus memboloskan dirinya ke dalam bas yang kebetulan berhenti di situ.

'arghhh...apesal dia dengan Syam boleh je mesra alam..dengan aku macam tunggul..aku kata A dia angguk..aku kata B dia angguk..biler nak gelengnyer...

-ko tu yang garang sangat Mir..

-Minah tu tak suke ko la tu..

-ala..ko kan bos..besela garang-garang tu...

-tapi macam kaku je hubungan aku dengan dia...

-yang ko nak fikir pasal dia buat apa..

-baik ko tidur jer...(zzzzZZZ.....)

*************************************************************************************

"Aina..telefon ni..angkat la..."Jerit Ida..teman serumahku..

Hisy..ada ajela yang tak leh tengok aku senang..

"Assalamualaikum..hello.."aku memberi salam.

"Waalaikumussalam.."jawab si pemanggil.

"Ya..siapa ni?"

"aku..Syam..suara aku yang macho ni boleh ko tak kenal..sampai hati ko.."

"Bolayan la ko..nak ape tengah-tengah malam menganggu ketenangan beta ni??"

"hehehhe..ade hati nak jadi ratu..pooorraaahhh!!!"

"ikut suke I la..hahaha..so wassup?"

"Eh..pasal siang tadi..sorry k!!.."

"Alah..tadek halla..bukan salah ko pun.."

"by the way..apesal Amir tu ek..dia dah jatuh chenta kat ko ker.."

"Hahhahaha..lawak siot..butala mata dia kalo dia jatuh chenta kat aku ni..."ngarut jela si Syam ni..aku lepuk gak kang..

"Apesal Aina...ko macam tak nak beri ruang untuk sape-sape mendiami hati ko.."uish..dah masuk bab perasaan dah ni..mesti fikirkan cara untuk melarikan diri..heheheh..

"banyak la ko..mana ade..dah tak de yang berkenan..takkan aku nak main bagi je hati aku..huhu..ko ni..macam la tak kenal aku ni..."relax Aina..jangan cepat melatah..

"Betulla...tapi..adakah..."dont mention that..no!!!!!

"dah..stop talking nonsense k..tak payah nak buat andaian sendiri..nanti dah sampai masa..aku jemput ko..hahaha..."

"ikut ko la cik kak oiii..naik menyampah aku cakap ngan ko.."

"aku tak suruh ko cakap pun.."

"heee..benci la..dah la..chow dulu..esok siap ko..!!"

"tak takut pun..hahaha..k chow..assalamualaikum..."

"waalaikumussalam..."

BAB 3

"Ouchhh!!"

"hey you!!"erk..ade orang panggil aku ker..

"ye..saudari panggil saya ke?"Wow..tak sangka aku boleh sebegini sopan dengan perempuan..

"Awak ni buta ke..tak nampak ke saya ni dah terduduk kat sini..tak reti-reti nak tolong.."ek eley minah ni..nak mintak tolong cakap la leklok..ni tak..di marah-marahnya aku..tak de hati aku nak nolong tau...

"Sedari..mak saya kata..'Jalan tu pandang depan aje..nanti terlanggar tiang...'..sebagai anak yang baik..saya ikut kata mak saya..pandang depan..jadi saya tak nampak la awak kat bawah tu...ayah saya kata pulak...'kau nanti kalo ado orang nak mintak tolong eh..tolong ajo..jangan banyak soal..'..so saya nak tolong la ni..tapi tetiba saya ingat saya penah cakap kat adik saya..'adik,kalau nak orang tolong kita..kenela mintak baik-baik...jangan ego sangat...'.."hehehehe..panjang betul aku cakap..penuh makna tersirat..kalo ko tak faham gak minah..tak tau la aku nak kata pa..

"hehehehe...sorry..saya tengah geram tadi..dah berapa lama saya terduduk kat sini tau..dah banyak kali try bangun..asyik terjatuh jer.."dia kelihatan malu-malu..tapi senyuman di wajahnya sangat manis di pandang..

"Mia...asal ko duk kat situ??Hahaha..."tiba-tiba satu suara kedengaran dari belakangku.

"Cess..kamu Na..berani-berani aja gelakkan aku..cepat tolong aku.."

"hahahhaa..lawak-lawak..aku rasa nak gelak guling-guling satu malaysia.."sapela perempuan yang tak de hati perut nie..

"Cepatla..."heh,mereka berdua ni buat macam aku tak wujud lak tetengah ni..

"yela..yela..Mia ku sayam mucuk-mucuk...meh..meh sini Cik Aina Syifa tolong..."Aina Syifa kemudian menolong perempuan yang bernama Mia itu tadi..

"Eh..awak Aina.."secara spontan gadis itu memalingkan mukanya ke arahku..

"Erk...En.Amir..ape Tuan buat kat sini.."namun ku biarkan aje persoalannya..

"Maafla ya Encik..saya tak sengaja tadi.."Mia menyampuk..

"oh..tak apa-apa.."

"saya akan ingat pesanan Encik tu sampai bila-bila..hahaha..."aku pun turut tergelak mendengar kata-katanya..

"Make sure U do it.."kataku..Aina ku lihat terpinga-pinga dengan situasi yang sedang berlaku.

"Anyway..my name is Damia Arissa..U?"katanya seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman..aku agak teragak-agak untuk menyambut huluran salamnya..Aina juga kelihatan kaget dengan apa yang dilihatnya..namun untuk tidak menjatuhkan maruahnya..aku baru berkira-kira untuk bersalam..tiba-tiba dia menjatuhkan tangannya..

"lambat...hahahhahaha..."katanya..uish..pening ak melihat aksi dia ni..Aina pun ku lihat turut tergelak..

"ko ni Mia..sengalla..ni bos aku namanya Amir.."Aina menampar bahu kawannya itu sambil mengenalkan aku..aku hanya tersenyum...

"heheh..sorry la Amir...saya gurau je tadi.."

"No problemo.."walaupun sebenarnya dalam hati aku rasa nak langgar2 je perempuan ni..hahahha..

"Mia..dahla..jom balik...nanti kang..kang..."

"Hohoho..ok..ok..jom2..."

"Okla En.Amir...kitorang mintak diri dulu ya..Assalamualaikum..."

*************************************************************************************

Kehidupanku berjalan seperti biasa..rutin yang sama hari-hari..naik boring aku..huhu..apakan daya..inilah lumrah kehidupan..namun ada sesuatu yang sedang menganggu pemikiranku..kenapa dengan En.Amir ya??Sejak dua tiga empat menjak nie, dia begitu prihatin terhadapku..kadang-kadang aku terperasan jugak yang dia ada curi-curi memandangku..tapi..maybe perasaan aku aje kot..hahahaha..ntah papela aku ni..

"hoi..menung apa tu cik kak??"Mia menegurku yang baru aje nak menjejakkan kaki ke planet pluto..huhu...kaco betulla...

"Mane ade...aku statik aje di sni.."

"bykla ko..jasad je kat sni.."katanya sambil menjuih bibirnya..

"Ape kau nak?nak ajak aku teman jumpe tunang ko la tu..."dugaku..

"hehehe..tau tak pe..jomla ek..petang ni pukul 5.."

"kalau aku tak nak..."

"ala..ko mesti nak punyer..."

"jangan yakin sangat..."kataku lagi cube untuk mengusiknya..

"ala..Na...janganla buat macam ni...huhu.."rengeknya..manja betul...

"hahhaa..dah la..tepi ko...yela..yela...jangan lupe gtau Ida..kang tak pasal-pasal kite jadi the most wanted..."

"yes mam..gtu dong..."katanya sambil mengangkat tabik springg untuk komander yang tak bertauliah ni..

BAB 4

Eh..macam kenal je dua makhluk tuhan tu...Ha...Aina dengan Syam..apa diorang berdua kat situ??Wait a minute..BERDUA???...ooo..macam ni ya ko Aina..selama ni aku ajak ko,ko kata tak elok berdua sahaja ya..mesti ada Syam ke Ida ke..jaga ko..hampeh..!!

Aku memecut keretaku dengan kelajuan maksimum,aku potong semua kenderaan yang lembap macam kura-kura..aku hon sekuat hati pada sesiapa yang tak reti bahasa..tapi..Zassss...itu semua hanya khayalanku saja..aku masih ingat orang tersayang..

-kenapa aku mesti marah kat dia..

-ko jeles la tu..

-tak..aku marah sebab dia tipu aku...

-ala..ko cemburu sebab dia tak layan ko..dengan Syam dia ok jer...

-Arghhh..apa kurangnya aku..apa lebihnya si Syam tu...

-Shut up!!Hal ini mesti diselesaikan segera..aku mesti buat perhitungan segera...

*************************************************************************************

Di keheningan pagi..,

"Selamat pagi En.Amir.."sapaku apabila terlihat kelibatnya memasuki pejabatnya.

"masuk bilik saya sekarang.."pintanya tanpa menoleh kearahku.Uiks..apa yang tak kena pulak ni..dh la tak sahut pun ucapan selamat pagi aku..hisy..Ya Allah..jauhkanlah aku daripada malapetaka..

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..aku melangkah masuk ke biliknya setelah diberi keizinan,

"Petang ni awak free tak??"tak sempat aku bertanya apa-apa..

"Ha??"tergamam aku.awat tanya aku free ke x..

"awak free ke tak??"aku segera berfikir-fikir..

"free..ada apa tuan?"

"teman saya keluar petang ni.."

"berdua??"

"Ya!!"

"tapi tuan..."

"no more excuse...keluar!!!"

Gullppp..giler apa dia nie...terlebih dos ubat ke tersalah makan ubat..aku bius jugak karang...

"Ape awak tunggu lagi..saya kata keluar..."

"ha..erk..ok..ok..."cepat-cepat aku melangkah keluar daripada bilik yang kurasa seperti ketuhar yang sedang dibakar.Di mejaku,aku mencapai handphoneku dan..

-syam..

-ape?

-Amir ajak aku keluar..

-so?

-aku takutla..

-nak takut apa..

-dia moody gler harini...

-ko nak aku buat ape?

-ntah..

-ala..tak de papela..

tak ley harap tol dia ni..tulunla aku..huhu...

-asal tak balas?

-hobi..

-alolo..majuk la tu...k la..kla..t aku follow dari belakang k..jangan risau ya..

-hehehe..ok..tq..

*************************************************************************************

Dah 10 minit aku berada dalam keretanya..biler la dia nak bersuara..dah bisu ke..

"Tuan..tuan nak bawa saya ke mana ni??"terkeluar jugak soalan dari mulutku ini..

"Nape?Takut ke??"Hisy dia ni..leh main-main pulak..aku fire gak kang...(berani dalam hati jer...huhu..)

"Tuan..cakap jelaaa..."jelas terpancar kerisauan di muka ku..namun dia hanya tersenyum sahaja..senyuman yang terukir amat mengerikan bagiku pada saat itu..walaupun hakikatnya manis seperti gula..aku yang berani ni boleh jadi macam tikus depan dia..

"Diam boleh??"dia memberikan pandangan maut sebelum berpaling ke arah jalan semula..kang kalo dia pandang aku lama-lama..mau kami terbabas masuk wad doblas...

"Tapi..tak manis....."

"Shut up!!"dia membrekkan keretanya mengejut.."awak..kalo dengan saya semuanya tak boleh..dengan Syam boleh pulak ya.."aik..apahal pulak dengan Syam nye...

"Syam lain..tapi saya mana penah berdua dengan dia..."

"tak pernah berdua konon..haritu saya tengok awak dengan dia kat Restoran Delima Merah.."

"Tapi..saya bukan dengan dia je..ada..."

"Awak jangan nak menafikan lagi..depan mata saya tau tak.."hee..ni dah lebih dah ni...

"Kalau ya pun ape kaitan dengan tuan???Tu hal peribadi saya..."

"Saya SUKA awak!!!puas hati!!"aku tergamam..itu dia ayat yang tak patut aku dengar..no..no..

"maksud tuan??"aku buat-buat muka tak faham...

"i juz don't know..All this make me feel really confused..so confused.."dia bagaikan tersedar dengan kata-katanya..mukanya jelas mempamerkan kekeliruan yang nyata..

"tapi saya tak boleh tuan..."

"kenapa?"

"Saya dah ada tunang..."

"Sape?Syam??"dia ni..tak habis-habis dengan Syam..

"Takla..tak mungkin dia..."

"Jangan cuba tipu saya..Aina!!!"keras suaranya..

"I m not lying..I m just telling U the truth!!!"aku pun turut geram dengan sikapnya yang keras kepala..

"kalau bukan Syam..who else??"aku hanya menggeleng-gelengkan kepala..

"Saya tak tahu, tuan.."

"See!!tunang konon.."aku rasa macam tak lari 400 meter jauh dari dia sekarang ni..

"It's hard tuan..very hard..saya sendiri tak faham..apetah lagi tuan.."

"Sape tunang awak???"

"Saya betul-betul tak tahu..InsyaAllah..kalau saya jadi kahwin dengan dia..saya akan kenalkan dia dengan tuan..itupun selepas dia sah menjadi suami saya..I promise that!!"

"Gilaa!!"erk..aku giler..kene masuk tanjung rambutan la gamaknya ya..huhuhu...

"tolong hantar saya balik sekarang.."

"..."

"Now sir..please..."tak sangka aku berani mengarahnya sebegitu..hehee..

Bercakap pasal tunangku,entah siapala gerangannya..yang aku ingat masa aku berumur 15 tahun..

"Aina..ayah nak cakap sikit ni..ke mari ya nak.."

"ada apa ayah??"aku duduk bersimpuh persis perempuan melayu terawal di zaman moden ini..

"Ayah nak ko pakai rantai ni..."

"untuk apa ayah??"

"sebagai tanda ko tunangan orang..jangan sesekali cube buka loket tu..ayah karate ko karang.."mak aih..ganaz tol ugutan ayahku ini..

"baik ayah.."aku yang pada masa itu macam tak tahu apa-apa hanya akur dengan permintaan ayahku..

"ha..lagi satu..kalo pertunangan korang diputuskan..ayah nak ko kembalikan rantai tu balik.."

"Ditanggung beres!!hahaha.."memang tersalah ke innoncentnye aku...

Sampai bila agaknya ya...

*************************************************************************************

"Wah..dah lama kita bertiga tak makan sama-sama kan.."kataku sebaik sahaja mengambil tempat di meja makan..Ayah dan ibuku hanya tersenyum melihat keletahku yang tak ubah macam budak tadika..hehehe..kira aku ni cute la kan..(kelihatan poyo di situ..)

"Amir..."

"yes mom.."

"Hujung minggu ni kiter pergi jumpa tunang ko ek.."

"Mir tak pernah ada tunang.."

"Amir..janganla macam tu.."ala ma..anakmu ini sudah punya kekasih hati..walaupun masih dalam samar-samar..

"Baba yang memandai-mandai.."

"Amir..cube bagi 3 sebab nape ko tak nak sangat tu??"

"pertama..Amir dah ada kekasih hati..kedua..Amir dah jumpe permaisuri hati..ketiga..Amir nak bawa dia jadi menantu baba ngan mama.."perghh..jawapan drastik ala-ala makan drumstik yang aku bagi memang superbb..

*************************************************************************************

"Abang..macam mane ni..dah dia tak nak tu..."

"Entah la Mah..tak tahula abang.."

"mungkin kita patut putuskan je pertunangan diorang..."

"tu la yang saya rasa..."

"kesian pulak kat si Rashid dengan anaknya tu.."

"tak ape..abang rasa diorang akan faham.."

"harap-harapnya la abang..."

BAB 5

"awak..ikut saya sekarang...!!"isy..rasaksa mana pulakla yang suka hati mengarahkan aku ni...

"Meon..ko ke yang panggil aku??"tanyaku pada hamster kesayanganku..

"Cik Aina..saya yang manusia terkacak di sini dari tadi duk berdiri kat sini,boleh awak kata hamster awak yang ntah pape tu yang bercakap..."

"Erk..En.Amir..tumpang lalu..."segera aku berlari ke tandas dan memuntahkan segala isi perut aku yang ku sumbat pagi tadi..

"Maaf En.Amir.."kataku sebaik sahaja kembali ke tempatku.

"kenapa?awak ok ke tak??"adess..terharu pulak aku dengan keprihatinannya..tapi..apa aku nak jawab ni...

"tuan nak tau yang betul ke yang tipu??"

"mestila yang betul!!"aduhh..ape punye soalan la..mesti orang nak tau yang betull..bengap betul la aku nie..

"saya..saya...saya..nak termuntah...masa..."ragu-ragu aku hendak menghabiskan ayatku..

"Masa apa???"dek kerana terkejut dengan sergahannya..

"masa tuan kata tuan terkacak kat sini.."laju dan lancar aje sebaris ayat tersebut keluar dari mulutku yang comel ni..(ecewah..)

"Apa!!!"

"apa tuan nak tadi???"cepat-cepat aku melarikan topik sebelum dia memuntahkan lava yang dah menggelegak sedari tadi..

"ha..ikut saya.."fuh selamat...

"ke mana??"

"jangan banyak soal..karang saya tarik tangan awak.."Ops..tarik tangan..jangan harap..

"ok saya ikut.."

Dah lenguh kaki ku berjalan..namun tempat yang dituju belum juga tiba..akhirnya langkah kami terhenti di tepi pantai yang indah...Wah...

"awak.."

"Hmm..."

"tengok tu.."aku yang masih ralik dengan pemandangan di depan mataku tidak sekalipun mengalihkan pandanganku..

"Aina...awak tengok tak..."

"apanya.."

"sane la!!!"

"oooo..ok..ok.."asyik kene je aku ni..

"nampak??"

"what??"aku nampak kedai makan jer...

"Syam dengan seorang perempuan.."ha..Syam..dengan..eh..laa...Mia rupanya...

"so?"

"tunang awak dengan...."tanpa diduga..

"Hahahhahahakkkkkkkk....."terbahak-bahak aku ketawa...tak senonoh sungguh aku pada masa itu..

"En.Amir..tu Mia la..tentu tuan ingat Mia..."

"Mia?"

"Damia Arissa..."

"Ooo..tapi..awak tak jeles ke?"

"jeles?for what???"

"Syam keluar dengan perempuan lain..kawan awak pulak tu..."

"Lorr..biaq p dia la...bukan dengan sapa pun..tunang dia jugak..."

"Mia tunang Syam???"aku juz mengangguk-anggukkan kepalaku dah macam ayam patuk makanan jer...

*************************************************************************************

kalau Mia tunang Syam...siapa tunang Aina?

"Mir..turun bawah jap Mir.."

"Nape ma??"

"Turun jela...ada hal nak cakap ni..."ni mesti pasal tunang aku yang ntah sape-sape ntah..nyampah betoll...

Dengan langkah malas dan lemah gemalai..aku turun ke bawah..

"Amir.."

"ya baba.."

"Baba dah putuskan pertunangan kamu dengan anak kawan ayah tu..."

"Yeke baba??"ecece..wat-wat tak caya pulak..dalam hati..hip..hip..hoorayyy...hip..hip...hooraaayyyy...hahahha

"Nah..ko ambil ni..simpan.."sekalung rantai yang de loket berbentuk love dihulurkan kepadaku..

"apa ni ba??"

"Tunang kamu..eh bekas tunang kamu pulangkan...ni tanda tunang yang baba bagi kat dia dulu.."

"Okeh baba..Mir naik dulu.."

Di bilik,

"haiz la loket..apela aku nak buat dengan ko ni ya.."

*************************************************************************************

"Tuan..saya nak resign 24 hours.."

"Awak ni gurau je kan..."

"Nope..ni surat perletakan jawatan saya.."

"Why?"

"For no reason.."

"Nonsense..."

"please sir.."

"sebab saya ke??"

"Hisy..tak de kene mengene dengan tuanla.."dengan berat hati..

"Baiklah.."lemah sahaja suara yang keluar dari mulutku..

*************************************************************************************

Arghhhh...rindunya aku kat Aina..mane aku nak lepaskan rinduku ini..

"syam..biler la ko nak balik.."tanpa sedar sebuah keluhan keluar dari mulutku..

"Sepertinya ada yang menyeru namaku ini.."entah biler pulak si Syam ni ada depan aku..

"biler...biler...ko masuk??"

"360 saat yang lalu..."

"Giler..."

"Ko tu yang giler..aku dari tadi duk tggu respon daripada ko tau..dah berjanggut kambing aku tau.."

"Ek??hehehe..."

"eh..loket sape ni??lawanya..kalo bagi kat aweks memang best..."

"bekas tunang aku punyer.."

"What??jadi betulla apa yang Ayah Da aku cakap.."

"cakap apa??"

"Aku penah tak bagitau ko tak..yang aku ada sepupu.."

"pernah..so?"

"ko tau tak sape sepupu aku???"

"No idea.."

"bekas tunang ko...iaitu Aina Syifa merangkap secretary ko..."aku terpempan..mengarut laaa...

"What the hell??"Jadi selama ni..Aina sepupu ko tu tunang aku la..."

"Yes..that right..."

"Tapi..aku musykilla..tak penah aku tengok dia pakai rantai ni..."

"ko ni dah biol ke apa..dia kan pakai tudung..bila masanya ko dapat tengok..Pandai!!!"ye tak ye jugak kan..apa nak jadila dengan aku ni..

"Tolong aku Syam..aku sayangkan Aina..aku tak pernah tau yang dia tu tunang aku.."

"Silap ko jugak..parents ko ajak pegi jumpe tunang ko..ko menolak mentah-mentah...susah apanya..ko pegi jela jumpe dia.."

"tu la masalahnya..Aina dah berhenti.."

"what?macam-macam halla jadi sepanjang aku takde kat sini.."

"So,mane aku nak cari dia..."

"Di tempat yang sememangnya ko dan dia je yang tau..."

"Maksud ko?"

"Loket tu boleh guide ko..hehehhe...gud luck man!!"

BAB 6

Loket..loket...aku meraba-raba permukaan loket di tanganku itu..eh..da tulisan la..A&S..ape maknanya?..cube buka la..

"Adoii..payahnya nak buka..."yes..berjaya juga..

"Eh..ni bukan gambar aku masa kecil..dengan...ha???"tak kanla..jadi...aku segera keluar dari rumah..

"Mir..nak kemana tu...?"

"Bawak menantu impian mama balik....."jeritku dan terus memecut keretaku..

*************************************************************************************

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam..eh..Ajil.."

"Pak cik..apa khabar??"

"Pak cik sht nak..lamanya tak jumpe kamu.."

"Pak cik..Syifa mane??"

"Entah la budak bertuah tu..dari tadi menghilang..katanya ke tempat biasa.."

"Saya pergi jumpa dia dulu ya..."

*************************************************************************************

"Syifa..syifa..."eh..siapa pulak yang panggil nama aku ni..suara tak macam ayah aku pun..Syifa..hanya ayah ku jer panggil dengan si..eh..takkanla dia..Ajil..Ajil dah balik ker..aku segera menoleh mencari pemilik suara itu..

"Eh..En.Amir..Apa Encik buat kat sini??"tanyaku kehairanan..

"Bukan Amir..tapi Ajil.."

"Ajil.."antara ya tidak suaraku kedengaran..

"Jadi selama ini..Ajil tak jatuh chenta pada orang yang salah..Syifa,I love u..Do u love me???"Erk..straightnyer..Ajil dah balik...syoknyer..penantianku selama ini tak sia-sia..Dia dah kembali...Ya Allah..terima kasih untuk segalanya..dengarlah dunia..hidupku kini ceria seindah pelangi..Ajilllll sayanngggggggg....

"Syifa!!!"

"Ops..I luv U!!!"aku terlatah dek sergahan Ajil yang tibe...

"ekekkekekee..."dia mengekek ketawakanku..kuang asam..sabo je la..

"To my dear Syifa..bersaksikan alam semesta dan Allah s.w.t..will you marry me???"

"No..hahahhaha..."aku segera berlari ke rumah..setibanya di rumah aku lihat..ayahku..parents Ajil..Syam dan Mia sedang enak-enak menjamu selera di anjung rumahku..

"So my hero..how?"usik ayah Ajil padanya..

"Rejected la baba..."

"hahhaha..padan muke ko Mir..jual mahal sangat..."sakat Syam pula..

"Peduli la Jil..rejected by Aina Syifa jer..tp disahkan oleh sirim by me..Rashid..hahaha..."isy..ayahku ni..tak bagi chance betulla..mentang-mentangla menantu idaman..

"So jadi la ni.."

"jadi..."

BAB 7

Akhirnya,hari yang dinanti-nantikan tiba juga..aku,Amir Hazril telah diijabkabulkan dengan pilihan hati,Aina Syifa..huhuhu...

Usai majlis kami,aku menjejakkan kaki ke kamar raja sehari..di beranda..isteriku sedang ralik memerhatikan pemandangan malam..dia memang begitu..perlahan-lahan aku menghampirinya dan mencucuk pinggangnye..

"Oit abangku sayam..isy..abang ni...suke tau..."marahnya apabila aku mengusiknya begitu..ala..marah-marah manja..hehehe..

"Menung ape tu lalink.."

"Bukan ikan termenung nak menung2.."

"eley..ye la tu.."

"abang.."

"Yer.."

"Syifa nak tutup mata abang boleh..?"

"Nak buat ape??"Hisy..cuak aku..

"Nak kenalkan abang pada seseorang..."haiz..janganla kekasih lama pulak..dia pun menutup mataku..aku mengikut langkahnya..sekejap aku terdengar pintu bilik di buka..kemudian terhenti..abang..buka la mata...aku lihat imejku sendiri di cermin..aku memandangnya bingung...

"En.Amir..saya nak kenalkan tunang saya yang dah jadi suami saya...Amir Hazril.."katanya seraya menudingkan jarinya ke imej di dalam cermin..

"Ooooo..kenekan abang ya..."hahaha..boleh pulak isteri aku ni..

"Syifa kan dah janji.."Aku memeluknya erat dari belakang sambil mengadap cermin..jika dilihat seperti foto kebahagiaan..harapanku semoga kasih ini tidak akan sirna..malah semakin bertambah dari hari ke hari..

"Abang sayang Syifa forever..."bisikku di telinganya..dia tersenyum..kekalkanla senyuman di wajahnya Ya Allah..amin..

-TAMAT-

2 comments:

rahmah said...

wakaka.. lawak btol citer nh.. tersengih2 akak baca..huhu..

skamals said...

ekekek....
sambung laa terus citenye tu wa...
apsal stop gitu je...wakakakak....

One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...